Thursday, February 26, 2009

Isu lembu n kereta : Sultan Selangor terima penjelasan MB..Syukur..



KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - "Tiada bantahan menggunakan kereta peribadi...lembu korban sebagai usaha kebajikan."


Demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam.
Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.
"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.
"Berkenaan isu derma lembu korban pula,Tuanku Sultan tiadak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah,malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak,"jelas Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily lewat malam tadi.
Tambahnya, baginda bertitah demikian sewaktu beliau mengadap Tuanku Sultan semalam di Istana Mestika,Shah Alam untuk memberikan taklimat tentang hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri termasuk mengenai segala tohmahan mengenai derma lembu korban dan tuntutan penyelenggaraan kereta persendirian.
Sementara itu, Khalid yang turut mengulas isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa, beliau akan menulis surat kepada suruhanjaya tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan Pengerusinya baru-baru ini.
Selain itu tambahnya, "satu proses undang-undang akan diambil terhadap Pengerusi Gerak atas segala tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan dalam media sebelum ini."
"Setiap keputusan kerajaan negeri adalah berlandaskan undang-undang dan mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhannya,"tegasnya

Wednesday, February 25, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Ahlan wasahlan...

RILEKS MINDA


Satu hari seorang kanak-kanak hendak melihat sau pertunjukkkan silap mata;

Penjaga: Adik nak kemana tu?
Jan : Nak tengok silap mata.
Penjaga: Adik tak boleh masuk begitu saja.
Jan : Kenapa pula?
Penjaga: Adik mesti bagi duit dulu.
Jan : Tapi saya tak ada duit dulu
Penjaga: Kalau macam tu adik tak boleh masuk
Jan : Saya Cuma ada duit zaman sekarang kak.Duit zaman dulu saya tak ada
Penjaga: ?????????

________________________________________________________________________

Pulang dari sekolah, Lela terus mendapatkan ibunya

Lela : Ibu,tadi di sekolah,ada seorang murid perempuan jatuh dalam kelas.
Ibu : Yakah?
Lela : Betul bu.Semua orang ketawakan dia.Cuma saya seorang saja tak ketawa.
Ibu : Bagus,jangan ketawakan orang yang jatuh .tak baik.
Lela : Ibu tahu kenapa saya tidak ketawa?
Ibu : Kenapa?
Lela : Sebab sayalah pelajar yang jatuh itu.
Ibu : Laaaaa….
________________________________________________________________________

Seorang gurusedang mengajar matematik untuk murid-murid tahun satu.

Guru : Murid-murid kalau dua orang tambah dua berapa orangkah semuanya?
Murid : Empat orang.
Guru : Bagus.Bagaimana pula kalau dua orang tolak seorang?
Murid : Jawapannya jatuh cikgu.
Guru: Ha,jatuh?
Murid: Dua orang tentu lebih kuat dari seorang.Jadi kalau dua orang tolak seorang
Tentulah yang seorang tu akan jatuh
Guru: ????????
________________________________________________________________________


Bujang : Kau tahu ada satu benda tu, masa kita beli,kita memang tak tahu nak guna
Azim : Itu biasalah.
Bujang : Tapi bila dah beli kita tak guna.
Azim : Itu pun biasa.Aku selalu beli barang yang aku tak guna.Simpan saja.
Bujang : Yang peliknya,bila benda itu diguna kita tak tahu pun
Azim : Benda apa pulak ni?
Bujang : Kainkapanlah.Kan ia digunakan orang dah mati..Mana tahu lagi.
Azim : Ya tak ya juga. Aku pun ada nak tanya kau.Tempat apabila ke sana semua mesti
Pakai uniform.Ahlinya pula tak pernah berkurang sentiasa bertambah.
Bujang : Sekolah?
Azim : Salah.Tanah perkuburan jawapannya.Yang masuk tempat tu semua pakai uniform
Kain kapan yang kau cakap tadi.
______________________________________________________________________________